Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja

Progam Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja merupakan satu program mega Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). Tujuannya untuk mahasiswa/i turun bersama masyarakat berkongsi susah senang bersama. Hulurkan tangan, ringankan beban.

 
Demi Masa

Waktu Solat

Lagu Tema ISIUKM

IKLAN



---------------------------

26 MEI Sehingga 5 JUN 2008
Kami Mengalu-alukan sumbangan dari pada pihak tuan seperti :-
-Kain batik
-Kain Pelekat
-Pakaian
-Sumbangan Kewangan

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI
BENDAHARI UKM-PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA
02120065029524 (CIMB)

Atau Hubungi Kami :-
- Sarah Azizul 013-6249318
- Mohd Asrul Nizam 012-5773602
- Rezmi Bin Ismail 017-6631993
- Hafizoh Bt Abdul Halim 013-2974934

Layari Blog Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja ISI

Sebarang pertanyaan emailkan kepada
isiukminfo@yahoo.com
------------------------------

Misi Ke Kemboja
Konsert Devotees di Kemboja
Thursday, December 4, 2008

Insya Allah, devotees akan mengadakan dua konsert nasyid di bandar Phnom Penh Kemboja sempena Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba.
posted by ibn_hasbi @ 6:41 AM   0 comments
Ayuh kita berbakti... di mana? EZ Qurban
Saturday, October 25, 2008
posted by ibn_hasbi @ 10:05 AM   0 comments
Ibadah Qurban dan kelebihan perlaksanaannya
Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban?
Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Al’Lah s.w.t.

Sekiranya kalau kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Al’Lah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Al’Lah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang.

AlLah berfirman :
‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 )

Jelas di sini, Al’Lah s.w.t meletakkan ibadah qurban itu bersebelahan dengan perintah solat, agar difahamai dalam makna yang betul.
Jadi, tanggapan pada hari ini bahawa qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang msiskin, satu konsep yang silap. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Insya Allah, Hal ini akan lebih difahami apabila kita melihat fadhilat berqurban. dan kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada sipenerima.


Bagaimana dan bilakah hendak melaksanakannya?

Pelaksanaan ibadah qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban?

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan.

Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban?

Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah:

1. Keampunan.-Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya:

Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.”
Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan.
Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam kesemua fadilat yang telah sebutkan, tak ada cerita nak bagi orang makan. Semuanya dapat pada pelaksana. Oleh yang demikian, peluang melakukan ibadat qurban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah tidak wajar diabaikan dan dilepaskan peluang yang tidak ternilai itu begitu saja. Walaupun berqurban itu hukumnya hanyalah sunat sahaja iaitu sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa, namun demikian kita hendaklah melihat perkara sunat itu dari perspektif yang berbeza bahawa sesiapa yang meninggalkannya “Alangkah ruginya!”. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan yang mana menurut Imam asy-Syafi‘e: Tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan (ibadat qurban) bagi orang yang mempunyai kemampuan. Jika ditinggalkan juga, maka hukumnya adalah makruh.


Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah?
Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya.
Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan?
Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja.

Sumber diperoleh dari www.ezqurban.org

Pengalaman penulis untuk renungan bersama.

Sewaktu bekerja menguruskan qurban tahun lalu, saya sempat berurusan dengan seorang peserta qurban yang baru berumur 21 tahun. Ingatkan dia hadir atas arahan ibu ayah nya untuk menyertai qurban bagi mereka, rupa – rupanya...kehadirannya itu adalah untuk menyertai qurban bagi diri nya sendiri. Muda-muda lagi dah mula laksanakan ibadah qurban. Kebanyakkan yang berlaku pada hari ini... Ibu Ayah kita yang tolong buatkan qurban untuk kita. Sedangkan ibadah ini adalah tanggung jawab diri sendiri. Setiap ibadah yang dilakukan adalah untuk diri kita sendiri peroleh pahalanya. Peserta itu juga mengatakan...dia baru sahaja mula bekerja dan dia mendapat tahu tentang kelebihan berkorban ini, terus dia menyertainya.Katanya lagi..jika tak dimulakan sekarang , bila lagi nak mula..sekali setahun dan itulah pengorbanan. Jujur saya katakan , kehadiran peserta tersebut , membuka minda dan hati saya untuk menggalakkkan kawan –kawan dan sahabat –sahabat yang mampu agar melaksanakan ibadah qurban. Yang ditanam di kebanyakkan kita ialah , membuat qurban ditanggung oleh mak ayah kita dan juga mereka yang berumur atau tua sahaja yang mekasanakannya...
Banyak lagi kelebihan beribadah qurabn ini. Malah, dengan ibadah qurban ini kita boleh memohon atau berdoa apa yang kita hajatkan kerana ia adalah salah satu usaha dan ibadah yang dituntut oleh Allah s.w.t.

Untuk akan datang , kita akan bincang perbezaan Aqiqah dan Qurban.
posted by ibn_hasbi @ 9:46 AM   0 comments
Perasmian Baktisiswa Kemboja, ISIUKM
Wednesday, June 4, 2008



1 Jun 2008 (Ahad), Majlis perasmian Program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja anjuran Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) dengan kerjasama EZ Qurban Sdn. Bhd. dan Persatuan Pelajar Islam Kemboja telah disempurnakan oleh Dr. Sos Mousien, Setiausaha Negara Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kemboja. Majlis yang dihadiri oleh semua peserta baktisiswa, wakil daripada EZ Qurban, Ketua kampung, tuan imam dan penduduk kampung telah sempurna diadakan di masjid kampung tersebut selepas solat fardhu zohor berjemaah.

Dalam ucapan beliau, Dr. Sos Mousien mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ISIUKM kerana sudi mengadakan program baktisiswa seperti ini di Kemboja. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Malaysia terutamanya pihak ISIUKM di atas bantuan yang dibawa unuk diagihkan kepada penduduk kampung di Kemboja ini.

Dalam ucapan perasmiannya juga, beliau banyak membicarakan tentang kepentingan ilmu. menurut beliau, mentaliti masyarakat Kemboja masih belum menganggap bahawa ilmu sebagai suatu keperluan yang terpenting bagi mereka. Sebab itu, ada ibu bapa yang tidak begitu cakna dengan pendidikan anak-anak mereka. beliau juga menyeru agar ahli rombongan Baktisiswa ISIUKM ini memberi semangat, motivasi dan dorongan kepada anak-anak Kemboja agar mencintai ilmu dan mengamalkan budaya ilmu.

Majlis diteruskan dengan pengagihan sumbangan berupa telekong, kain pelikat dan baju kanak-kakak kepada penduduk kampung. Saudara Rezmi Ismail (Mantan Exco Tarbiah dan Kepimpinan ISIUKM) juga mengambil kesempatan untuk mengagihkan bantun kepada masyarakat kampung.

ISLAM UNTUK SEMUA
posted by ibn_hasbi @ 3:17 AM   0 comments
Demi mencapai MISI... kami merentasi sungai

"BERBAKTI DEMI AGAMA, MENGHARUM NAMA NEGARA"
posted by ibn_hasbi @ 3:14 AM   0 comments
Salam dari Kemboja
Alhamdulillah, Rombongan BAKTISISWA MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA anjuran IKATAN STUDI ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (ISIUKM) dalam keadaan selamat dan sejahtera di Kemboja. Hari ini merupakan hari keenam kami berada di bumi Kemboja ini. Kami amat bersyukur kerana kedatangan Rombongan Ikatan Studi Islam disambut baik oleh penduduk kampung K.M.8. Antara aktiviti yang telah kami jalankan ialah mengajar anak-anak masyarakat Islam Kemboja dalam 3 subjek teras (BM,BI,B Arab) dan satu kelas menggunakan magic blok. Kami juga mengambil kesempatan untuk belajar Bahasa Khmer.

Pada Khamis malam jumaat yang lepas, kami mengadakan satu mini konsert Islam khas untuk masyarakat Islam kemboja yang diketuai oleh Saudara Muhammad (mantan timbalan pres ISIUKM). sambutan yang cukup membanggakan kami.

Esok, Ahad. kami akan ke K.M.9 untuk menghantar sumbangan kepada penduduk kampung di sana.. kami berharap kami dapat meneruskan perjuangan membantu masyarakat dalam mengharumkan nama Malaysia, nama UKM dan nama IKATAN STUDI ISLAM (ISIUKM).

Doakan moga kami selamat di sini dan selamat pulang ke bumi UKM. Salam rindu buat semua dari Kemboja.

MOHD FADHIL HASBI TAN

ISLAM UNTUK SEMUA
posted by ibn_hasbi @ 3:09 AM   0 comments
25 hari lagi....
Thursday, May 1, 2008
Sehingga hari ini (01 Mei 2008), tinggal kurang lebih 25 hari lagi kami akan bertolak ke Kemboja. Membawa nama Ikatan Studi Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
untuk berbakti kepada masyarakat Islam di sana.

SUDAHKAN ANDA MENYUMBANG UNTUK KEMBOJA??

Sumbangan boleh dilakukan terus di bilik ISIUKM
ataupun hubungi nama-nama di bawah ini:

1. Saudari Sarah binti Azizul : 013-6249318
(Pengarah Program)
2. Mohd Asrul Nizam : 012-5773602
3. Rezmi Ismail : 017-6631993
4. Nur Hafizoh Abdul Halim : 013-2974934

ISLAM UNTUK SEMUA

posted by ibn_hasbi @ 12:31 AM   0 comments
Nombor yang anda boleh hubungi...
Wednesday, April 9, 2008
Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja, anjuran Ikatan Studi Islam (ISIUKM) ini bolehlah diajukan kepada:-

1. Saudari Sarah binti Azizul : 013-6249318
(Pengarah Program)
2. Mohd Asrul Nizam : 012-5773602
3. Rezmi Ismail : 017-6631993
4. Nur Hafizoh Abdul Halim : 013-2974934
posted by ibn_hasbi @ 9:52 AM   0 comments
Persembahan artis
Friday, April 4, 2008
Persembahn MC dan NICE

Persembahan Devotees

Persembahan AsSaufee
posted by ibn_hasbi @ 2:07 AM   0 comments
Gambar Persembahan Artis
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Konsert Amal sempena pelancaran Tabung Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja. Pihak PKNS Bangi, Persatuan Peniaga PKNS Bangi, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Jawatankuasa Pelaksana Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha yang telah anad curahkan dinilai oleh Allah sebagai satu ibadah.
Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan daripada Allah jua.
posted by ibn_hasbi @ 1:05 AM   0 comments
Sekitar Konsert Amal sempena Pelancarn Tabung Baktisiswa
Alhamdulillah, dengan kuasa dan pertolongan daripada Allah, Tuhan sekalian alam. Konsert Amal sempena Pelancaran Tabung Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 dan 30 Mac 2008 bertempat di aras bawah, Kompleks PKNS Bangi.

Meja urusetia

En. Zamani turut turun padang

Ayuh... membeli sambil menderma
(Hulurkan tangan, Ringankan beban)
Bang... derma Bang...
Tolong lah bang....
posted by ibn_hasbi @ 12:44 AM   0 comments
Flyers baru untuk diedarkan
Friday, March 28, 2008

UNTUK EDARAN UMUM
** Boleh diletak dicermin kereta, motor atau kepada kawan2 dalam kelas

posted by ibn_hasbi @ 12:01 PM   0 comments
KONSERT AMAL, PELANCARAN TABUNG

SEMUA DIJEMPUT HADIR
MSUK ADALAH PERCUMA
posted by ibn_hasbi @ 11:30 AM   0 comments
Poster Program
Wednesday, February 27, 2008
posted by ibn_hasbi @ 5:04 PM   1 comments
Maklumat Program

Program baktisiswa masyarakat islam kemboja diadakan bertujuan untuk :

  • Mengajar asas bahasa inggeris
  • Mengajar tajwid al-Quran
  • Mengadakan klinik nasyid dan marhaban
  • Muhasabah diri dalam membentuk jati diri

Program yang akan berlangsung selama 10 hari di Pot Thi En , Daerah Steng , Wilayah Kampung Cham , Kemboja dan Phnom Penh diharapkan dapat membantu masyarakat islam kemboja di kampung tersebut khususnya pelajar-pelajar madrasah an-nikmah sekurang-kurangnya dalam pengajaran asas bahasa inggeris.

Apa yang kami ingin bawakan ialah PENDIDIKAN membentuk minda sesebuah masyarakat dan membantu seseorang dalam menjadi insan yang berjaya bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan pengorbanan dan sekurang-kurangnya asas. Maka, kami ingin menjayakan matlamat pendidikan kami ini walaupun hanya masa yang singkat namun kami berharap pengorbanan yang bakal dilakukan memberikan faedah kepada kedua-dua pihak iaitu jawatankuasa program dan Masyarakat Kemboja Islam.

Selain itu juga, secara tidak langsung , program ini ingin menggalakkan orang ramai menderma atau bersedekah. Anda boleh membantu kami dalam menjayakan misi kemanusiaan ini dengan menyumbangkan bantuan kewangan untuk kami membeli kain di kemboja bagi menyediakan telekung sebanyak 500 helai untuk diagihkan kepada 500 buah rumah di kampung tersebut. Dengan sumbangan anda dalam bentuk kewangan , dapat meringankan bebanan cukai kami dan juga dapat membantu penduduk di sana memperoleh pendapatan kerana kami akan mengupah orang sana untuk menyiapkan telekung tersebut. Secara kasarnya kami memerlukan RM60 000 .00.

Namun, Sumbangan yang diharapkan bukan sahaja dalam bentuk kewangan , malah anda juga boleh menyumbang :

  • Kain pelikat (500 helai)
  • Pakaian Kanak-kanak 8 tahun ke bawah
  • Makanan Kering
  • Alat Tulis
  • Buku Tulis

Kami memerlukan barangan di atas setiap satunya 100 buah ke atas.

Setiap sumbangan anda amat dialu-alukan dan sumbangan yang anda berikan membantu kami dalam mendidik dan secara tidak langsung anda juga turut berjihad di jalan Allah s.w.t
posted by ibn_hasbi @ 5:03 PM   0 comments
About Me

Name: ibn_hasbi
Home:
About Me:
See my complete profile
DISKUSI


Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja Blogspot Template by Isnaini Dot Com