Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja

Progam Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja merupakan satu program mega Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). Tujuannya untuk mahasiswa/i turun bersama masyarakat berkongsi susah senang bersama. Hulurkan tangan, ringankan beban.

 
Demi Masa

Waktu Solat

Lagu Tema ISIUKM

IKLAN



---------------------------

26 MEI Sehingga 5 JUN 2008
Kami Mengalu-alukan sumbangan dari pada pihak tuan seperti :-
-Kain batik
-Kain Pelekat
-Pakaian
-Sumbangan Kewangan

SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI
BENDAHARI UKM-PROGRAM BAKTI SISWA MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA
02120065029524 (CIMB)

Atau Hubungi Kami :-
- Sarah Azizul 013-6249318
- Mohd Asrul Nizam 012-5773602
- Rezmi Bin Ismail 017-6631993
- Hafizoh Bt Abdul Halim 013-2974934

Layari Blog Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja ISI

Sebarang pertanyaan emailkan kepada
isiukminfo@yahoo.com
------------------------------

Misi Ke Kemboja
Poster Program
Wednesday, February 27, 2008
posted by ibn_hasbi @ 5:04 PM   1 comments
Maklumat Program

Program baktisiswa masyarakat islam kemboja diadakan bertujuan untuk :

  • Mengajar asas bahasa inggeris
  • Mengajar tajwid al-Quran
  • Mengadakan klinik nasyid dan marhaban
  • Muhasabah diri dalam membentuk jati diri

Program yang akan berlangsung selama 10 hari di Pot Thi En , Daerah Steng , Wilayah Kampung Cham , Kemboja dan Phnom Penh diharapkan dapat membantu masyarakat islam kemboja di kampung tersebut khususnya pelajar-pelajar madrasah an-nikmah sekurang-kurangnya dalam pengajaran asas bahasa inggeris.

Apa yang kami ingin bawakan ialah PENDIDIKAN membentuk minda sesebuah masyarakat dan membantu seseorang dalam menjadi insan yang berjaya bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan pengorbanan dan sekurang-kurangnya asas. Maka, kami ingin menjayakan matlamat pendidikan kami ini walaupun hanya masa yang singkat namun kami berharap pengorbanan yang bakal dilakukan memberikan faedah kepada kedua-dua pihak iaitu jawatankuasa program dan Masyarakat Kemboja Islam.

Selain itu juga, secara tidak langsung , program ini ingin menggalakkan orang ramai menderma atau bersedekah. Anda boleh membantu kami dalam menjayakan misi kemanusiaan ini dengan menyumbangkan bantuan kewangan untuk kami membeli kain di kemboja bagi menyediakan telekung sebanyak 500 helai untuk diagihkan kepada 500 buah rumah di kampung tersebut. Dengan sumbangan anda dalam bentuk kewangan , dapat meringankan bebanan cukai kami dan juga dapat membantu penduduk di sana memperoleh pendapatan kerana kami akan mengupah orang sana untuk menyiapkan telekung tersebut. Secara kasarnya kami memerlukan RM60 000 .00.

Namun, Sumbangan yang diharapkan bukan sahaja dalam bentuk kewangan , malah anda juga boleh menyumbang :

  • Kain pelikat (500 helai)
  • Pakaian Kanak-kanak 8 tahun ke bawah
  • Makanan Kering
  • Alat Tulis
  • Buku Tulis

Kami memerlukan barangan di atas setiap satunya 100 buah ke atas.

Setiap sumbangan anda amat dialu-alukan dan sumbangan yang anda berikan membantu kami dalam mendidik dan secara tidak langsung anda juga turut berjihad di jalan Allah s.w.t
posted by ibn_hasbi @ 5:03 PM   0 comments
Selain itu juga, secara tidak langsung , program ini ingin menggalakkan orang ramai menderma atau bersedekah.


Bersama-sama kami menghulurkan tangan menringankan beban sahabat seaqidah kita di Kemboja. walaupun jauh dibatasi dengan sempadan. Namun mereka dekat di hati kerana Islam.
Sumbanglah seberapa yang anda mampu.. $1, $2, $3 dan sebagainya. Kerana ianya adalah sumbangan ikhlas dari kita..
posted by ibn_hasbi @ 4:48 PM   0 comments
Bagaimana anda boleh menyumbang??

AYUHY KITA HULURKAN TANGAN... RINGANKAN BEBAN..
SEMOGA BERJAYA...
posted by ibn_hasbi @ 4:41 PM   0 comments
About Me

Name: ibn_hasbi
Home:
About Me:
See my complete profile
DISKUSI


Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja Blogspot Template by Isnaini Dot Com